Pembinaan, perobohan dilarang di New Delhi kerana pencemaran udara teruk 


Kualiti udara di New Delhi kini di tahap berbahaya. – Gambar EPA, 3 November, 2023.

SURUHANJAYA Pengurusan Kualiti Udara India melarang aktiviti pembinaan dan perobohan dalam dan sekitar ibu negara New Delhi kecuali projek penting kerajaan, berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.

Sekatan juga dikenakan ke atas aktiviti perlombongan dan penghancuran batu. Sekatan ketat juga meliputi kenderaan yang menggunakan petrol BS-III dan kenderaan bermotor ringan diesel BS-IV di New Delhi dan beberapa daerah berdekatan.

Kualiti udara Delhi kini bertukar kepada tahap  “berbahaya”, lapor media. – Bernama, 3 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen