PKR bukan ahli Liberal International, kata Fahmi


Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata parti itu tidak pernah menjadi ahli kepada sebuah pertubuhan antarabangsa Liberal International. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2023.

KETUA Penerangan PKR Fahmi Fadzil menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ahli kepada sebuah pertubuhan antarabangsa Liberal International.

Fahmi berkata penjelasan tersebut perlu dibuat susulan terdapat dakwaan yang mengaitkan parti berkenaan dengan pertubuhan antarabangsa itu.

“Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan Keadilan dengan satu pertubuhan gabungan parti iaitu Liberal International.

“Saya mengesahkan bahawa Keadilan bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat di negara berkenaan. – Bernama, 3 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen