Bersih adakan pilihan raya 7 November


Bersih akan mengadakan pilihan raya untuk memilih kepimpinannya bagi penggal 2023-2025 dengan undi secara talian pada 7 hingga 9 November. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2023.

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan pilihan raya untuk memilih kepimpinannya bagi penggal 2023-2025.

Undi akan diadakan secara atas talian pada 7 hingga 9 November. Keputusan akan diumumkan pada hari sama.

Dalam satu kenyataan, Bersih berkata pilihan raya itu diadakan kerana gabungan itu percaya organisasi itu terputus hubungan dengan ahlinya dan rakyat.

“Kami tidak salahkan sesiapa dalam hal ini. Fokus Bersih pada masa ini adalah untuk menjadi penasihat, melakukan penyelidikan dan melobi Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Ia bukan satu masalah tetapi semua orang tahu Bersih adalah lebih kepada gerakan rakyat.

“Bersih belum selesai melakukan perubahan. Kita boleh menjadi suara lantang untuk perubahan dalam kerajaan perpaduan,” katanya. – 3 November, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen