PERDANA Menteri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” menurut hantaran itu.
Mufti Perak Wan Zahidi Wan Teh mendahului senarai 238 penerima darjah kebesaran serta pingat negeri Perak sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda. – Bernama, 3 November, 2023.
Komen