335 pemegang pasport asing keluar dari Gaza melalui Rafah


Pemegang pasport asing meninggalkan Semenanjung Gaza ke Mesir menerusi lintasan sempadan Rafah mulai Rabu. – Gambar AFP, 3 November, 2023.

SEJUMLAH 335 pemegang pasport asing meninggalkan Semenanjung Gaza ke Mesir menerusi lintasan sempadan Rafah, menurut Wael Abu Mohsen, pengarah media lintasan sempadan Rafah dalam satu kenyataan.

Abu Mohsen sebelum itu memberitahu Agensi Anadolu 110 pemegang pasport asing melintas ke Mesir.

Beliau berkata 76 penduduk Palestin yang cedera dibawa oleh 17 ambulans dari Gaza ke Mesir melalui lintasan berkenaan.

Jurucakap Palestin berkata 51 trak sarat dengan bantuan kemanusiaan bergerak ke Gaza melalui persimpangan Rafah.

Agensi Anadolu melaporkan berpuluh-puluh warga asing dan penduduk Palestin dengan dua kerakyatan, berkumpul di persimpangan Rafah di sebelah Palestin, sejak awal pagi untuk meninggalkan Semenanjung Gaza yang diserang tanpa henti oleh tentera pencerobohan Israel sejak 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 9,061 orang di Gaza terbunuh dalam serangan Israel.

Selain jumlah korban dan pemindahan penduduk, bekalan asas untuk 2.3 juta penduduk di Gaza semakin berkurangan akibat pengepungan Israel. – Bernama, 3 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen