Agensi penguatkuasa India sita harta pengasas Jet Airways


Harta milik pengasas Jet Airways Naresh Goyal, ahli keluarga dan syarikatnya berjumlah AS$69.68 juta disita membabitkan dakwaan kes penipuan pinjaman bank, lapor Xinhua. – Gambar AFP, 2 November, 2023.

AGENSI penguatkuasa (ED) India semalam mengumumkan mereka menyita harta milik pengasas Jet Airways Naresh Goyal, ahli keluarga dan syarikatnya berjumlah AS$69.68 juta membabitkan dakwaan kes penipuan pinjaman bank, lapor Xinhua.

Agensi persekutuan yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ekonomi dan memerangi jenayah ekonomi di India itu turut menyita hartanah termasuk 17 flat kediaman, banglo dan premis komersial atas nama Goyal, ahli keluarganya dan syarikatnya yang terletak di London, Dubai dan di beberapa negeri di India.

Pada Selasa ED memfailkan pertuduhan terhadap Goyal dan lima lagi individu berkaitan kes penipuan yang difailkan oleh Canara Bank. Goyal ditahan pada September.

Jet Airways menghentikan operasi pada 2019 kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan beribu-ribu pekerja termasuk juruterbang, jurutera, pramugari dan kakitangannya hilang pekerjaan. – Bernama, 2 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen