Najib positif Covid-19


Bekas perdana menteri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan positif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2023.

BEKAS perdana menteri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan positif Covid-19.

Pegawai khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata Najib dikejarkan ke hospital berikutan demam pada Selasa.

Muhammad Mukhlis memberitahu akhbar harian berbahasa Melayu bahawa Najib berada dalam keadaan stabil dan bekas ahli Parlimen itu sedang menjalani kuarantin.

“Pemeriksaan doktor mengesahkan bekas presiden Umno itu disahkan positif Covid-19,” kata Mukhlis.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas tindakan pantas dan rawatan segera yang diberikan kepada Najib oleh Penjara Kajang dan hospital bagi pihak keluarga Najib. – 2 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen