RIBUAN pekerja kilang pakaian di Bangladesh mogok kerja semalam, sebagai protes terhadap gaji rendah, bertempur dengan pasukan keselamatan dan menyebabkan beberapa kilang terjejas.
Dilaporkan dua mati dalam insiden itu.
Bangladesh adalah pengeksport pakaian terbesar dunia, dengan industri itu meliputi 85% daripada AS$55bilion jumlah eksport negara itu, tetapi keadaan tempat kerja untuk empat juta pekerja industri itu sangat teruk.
Polis berkata sekurang-kurangnya 10,000 pekerja mogok dan meninggalkan shif bekerja untuk mengadakan protes di Gazipur, bandar perindustrian terbesar di negara itu, di mana kilang enam tingkat dibakar, menyebabkan dua kematian.
Seramai 7,000 yang lain mengadakan tunjuk perasaan di Ashulia dan Hemayetpur.
Ketua persatuan pekerja pakaian Ashulia, Mohammad Ibrahim menepis kenyataan polis, dengan berkata peserta tunjuk perasaan mencecah 100,000 orang.
Insiden paling teruk tercetus di lebuh raya utara Dhaka menuju Mymensingh, di mana sekurang-kurangnya 4,000 pekerja bertembung dengan police, menyekat jalan raya dan membakar lori pikap.
Di Gazipur, pekerja menyasarkan loji yang didakwa melarang pekerja menyertai demonstrasi, mereka turut membakar kilang di Konabari, kata polis.
Polis berkata, sekurang-kurangnya 40 kilang musnah selepas penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan merosakkan perabot. – AFP, 31 Oktober, 2023.
Komen