CYPRUS sedang meningkatkan kapasiti bagi menerima sejumlah besar migran dari Asia Barat, lapor Xinhua.
Menteri Dalam Negeri Constantinos Ioannou mengarahkan perkhidmatan dan jabatan berkaitan untuk meningkatkan kapasiti di pusat imigresen berhampiran Nicosia bagi menampung lebih 1,000 migran, lapor Agensi Berita Cyprus (CNA).
Bilangan kakitangan juga akan ditambah bagi mempercepat proses permohonan suaka.
Kira-kira 500 pendatang telah tiba di pulau itu sejak beberapa hari lepas dengan menaiki enam bot kecil, menurut pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya 26 negara telah memohon kebenaran untuk menggunakan lapangan terbang dan pelabuhan Cyprus sekiranya perlu memindahkan wargannya dari negara-negara di Asia Barat. – Bernama, 31 Oktober, 2023.
Komen