SEORANG lelaki berusia 71 tahun yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki Palestin-AS dalam satu serangan di Illinois, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Polis mengaitkan serangan itu dengan perang Israel-Hamas yang sedang berlaku di Palestin.
Joseph Czuba didakwa atas kesalahan membunuh, cubaan membunuh dan jenayah kebencian, yang menyebabkan Wadea Al-Fayoume berusia enam tahun meninggal dunia manakala ibunya, Hanan Shaheen, 32, cedera parah dalam insiden pada 14 Oktober.
Czuba mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu ketika dibawa ke mahkamah Illinois semalam dan mahkamah mengarahkan tertudh ditahan hingga perbicaraan pada 8 Januari.
Menurut Pejabat Sherif Will County, mangsa menjadi sasaran suspek kerana mangsa seorang Islam dan konflik berterusan di Timur Tengah membabitkan Hamas dan Israel.
Czuba, yang juga tuan rumah kepada keluarga mangsa, didakwa menikam kanak-kanak itu sebanyak 26 kali tikaman.
Polis Chicago berkata keluarga mangsa adalah warga Palestin-AS. – AFP, 31 Oktober, 2023.
Komen