8 maut insiden kereta api bertembung di India


Lapan maut manakala 20 yang lain cedera dalam insiden petang semalam selepas dua kereta api bertembung di tenggara India. – Gambar AFP, 30 Oktober, 2023.

LAPAN maut manakala 20 yang lain cedera dalam insiden petang semalam selepas dua kereta api bertembung di tenggara India.

Press Trust of India berkata kemalangan itu menyebabkan kereta api tergelincir di antara bandar Alamanda dan Kantakapalle di Andhra Pradesh.

Nahas berlaku selepas salaj satu kereta api penumpang berkenaan tersalah menghantar isyarat.

Kereta Api Pantai Timur berkata kesilapan manusia mungkin mengakibatkan perlanggaran dua kereta api itu.

Alasan yang mungkin, “Kesilapan manusia. Tersilap isyarat oleh kereta api penumpang Visakhapatnam- Rayagada,” kata Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Biswajit Sahoo kepada wartawan.

Ketika menerangkan maksud isyarat itu, Biswajit berkata ia berlaku apabila kereta api sepatutnya berhenti di lampu merah tetapi terus bergerak.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.

India mempunyai rangkaian rel terbesar di dunia dan beberapa tragedi berlaku sejak beberapa tahun lalu, dengan paling teruk pada 1981 apabila sebuah kereta api tergelincir ketika menyeberangi jambatan di Bihar dan terjunam ke dalam sungai, mengorbankan kira-kira 800 nyawa.

Pada Jun, perlanggaran tiga kereta api menyebabkan hampir 300 terbunuh di Odisha. – AFP, 30 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen