SEORANG pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah pasar di bandar Musayyib, selatan Baghdad hari ini membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, kata sumber perubatan dan keselamatan.
“Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di pasar Musayyib, menyebabkan kematian 20 orang awam,” kata seorang pegawai kementerian dalam negeri.
Sekurang-kurangnya 34 orang lagi cedera dalam serangan di bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Baghdad itu.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan yang berlaku pada jam 11.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Beberapa serangan pengganas berlaku di seluruh dunia kebelakangan ini dan kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab. – AFP, 9 Jun, 2017.
Komen