MATTHEW Perry, 54, seorang daripada bintang sitkom TV popular “Friends,” ditemui mati di rumahnya pada Sabtu, lapor media AS.
Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu Los Angeles Times yang Perry ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi panas di rumahnya di Los Angeles namun gagal diselamatkan walaupun diberi bantuan kecemasan.
LA Times dan TMZ, yang pertama kali melaporkan berita itu, kedua-duanya berkata tiada tanda perbuatan khianat, memetik sumber tanpa nama.
Perry terkenal dengan watak Chandler Bing yang bijak dalam sitkom “Friends” popular di NBC, yang berlangsung selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.
Perry bergelut selama bertahun-tahun dengan ketagihan terhadap ubat penahan sakit dan alkohol, dan mendapatkan klinik pemulihan beberapa kali.
Semasa perjumpaan semula “Friends” yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry mengejutkan rakan pelakonnya dengan mengakui mengalami keresahan teruk “setiap malam” semasa penggambaran.
TMZ melaporkan tiada dadah ditemui di tempat kejadian pada Sabtu.
Selain “Friends,” Perry pernah muncul dalam filem seperti “Fools Rush In” dan “The Whole Nine Yards.” – AFP, 29 Oktober, 2023.
Komen