PRESIDEN Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa pada Sabtu menggesa semua pihak untuk bertindak menghentikan penderitaan orang awam “yang tidak boleh diterima” di Tebing Gaza.
“Ini adalah kegagalan membinasa yang dunia tidak boleh bertolak ansur,” kata Mirjana Spoljaric, ketika Israel mengisytiharkan perang terhadap Hamas kini “memasuki fasa baru” dengan pengeboman besar-besaran ke atas Gaza.
“Saya sangat terkejut dengan tahap penderitaan manusia yang tidak boleh kita terima dan menggesa semua pihak untuk meredakan konflik sekarang,” katanya.
“Kehilangan tragis terlalu ramai orang awam perlu dikecam.
“Tidak boleh diterima yang orang awam tidak mempunyai tempat selamat untuk berlindung di Gaza di tengah-tengah pengeboman berserta dengan kepungan tentera yang mana tiada tindak balas kemanusiaan boleh dilakukan sekarang.”
Spoljaric berkata demikian beberapa jam selepas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengeluarkan kecaman keras ke atas “situasi tegang tidak pernah berlaku” kerana pengeboman Gaza dan menggesa gencatan senjata “serta merta.”
Tentera Israel pada Sabtu memberi amaran kepada penduduk Bandar Gaza yang kawasan utara wilayah itu adalah “medan perang” serta mengarahkan mereka serta merta “berpindah” ke selatan.
Israel melancarkan pengeboman besar-besaran selepas Hamas menceroboh sempadan pada 7 Oktober, membunuh 1,400 orang dan menahan 220 tebusan, menurut pegawai Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata serangan Israel sudah membunuh 7,703 orang kebanyakannya orang awam dengan lebih daripada 3,500 adalah kanak-kanak.
Pesuruhjaya PBB untuk Hak Asasi Volker Turk memberi amaran pada Sabtu yang wujud risiko ribuan orang awam akan dibunuh sekiranya Israel terus memperhebat serangan di Gaza.
Konflik ini adalah yang kelima dan terburuk di Gaza sejak Israel menarik balik tentera dari Palestin pada 2005. – AFP, 29 Oktober, 2023.
Komen