Polis sahkan suspek tembakan rambang di Maine ada masalah mental


Mayat Robert Card ditemui pada malam Jumaat di dalam treler traktor berhampiran pusat kitar semula tempat dia bekerja. – Gambar Facebook, 29 Oktober, 2023.

POLIS di Maine berkata pada Sabtu lelaki yang menembak mati 18 orang di sebuah bar dan pusat boling dan kemudian membunuh diri, mengalami masalah kesihatan mental yang serius, tetapi dapat membeli senjata secara sah kerana tidak pernah dirawat secara paksa.

Mayat Robert Card, seorang tentera simpanan berusia 40 tahun, ditemui pada malam Jumaat di dalam treler traktor berhampiran pusat kitar semula tempat dia bekerja, kata pesuruhjaya keselamatan awam Maine Mike Sauschuck. Card menembak dirinya sendiri.

Penyiasat masih berusaha untuk mengenal pasti motif Card melakukan pembunuhan beramai-ramai pada Rabu di bandar Lewiston.

Bagaimanapun, Sauschuck berkata Card dilaporkan mendengar suara dan mengalami paranoia.

“Jelas ada komponen kesihatan mental di ini,” kata Sauschuck kepada pemberita.

Penyiasat menemui nota yang Card tinggalkan kepada orang tersayang yang mengandungi kata laluan telefon dan maklumat akaun banknya, kata Sauschuck, sambil menambah nota itu mempunyai nada surat bunuh diri.

Card didapati memiliki tiga senjata, satu daripadanya pistol panjang, semuanya dibeli secara sah kerana dia tidak pernah terlibat secara paksa dengan institusi mental.

Walaupun terdapat isu kesihatan mental yang jelas dan penilaian psikiatri yang dilaporkan baru-baru ini dijalankan oleh Card, pemeriksaan latar belakang tidak akan memberitahu seseorang itu dilarang membeli senjata, tambah Sauschuck.

Penemuan mayat Card menamatkan pemburuan besar-besaran selama dua hari, yang menyebabkan bandar sunyi dengan 38,000 orang dilarang keluar, dengan perniagaan dan sekolah ditutup serta penduduk ketakutan.

Sauschuck mengakui bantuan yang diberikan keluarga Card untuk siasatan, berkata saudara-maranya adalah antara orang pertama yang menghubungi polis dan mengenal pasti suspek. “Keluarga ini memberi kerjasama yang luar biasa dengan kami,” katanya.

Lewiston akhirnya menarik nafas lega dengan perniagaan mula dibuka dan suasana kembali seperti biasa pada Sabtu. – AFP, 29 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen