Bekas ketua pengarah air Sabah guna geran tanah bayar ikat jamin


Jason Santos

BEKAS Pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Ag Talib dibenarkan menggunakan geran tanah untuk membayar ikat jamin di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas menilai bantahan bertulis dibuat Timbalan Pendakwaraya Rozanna Abdul Hadi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas perbicaraan mahkamah bersambung pada jam 3.30 petang tadi.

Dalam prosiding sebelum ini, Ag Mohd Tahir melalui peguamnya Mohd Nor Yusor memfailkan permohonan untuk menggunakan geran tanah dianggarkan bernilai RM2 juta sebagai ganti wang ikat jamin yang diperlukan, mengatakan yang ahli keluarganya hanya mampu mengumpulkan RM500,000.

Tetapi Rozanna berkata yang permohonan itu tidak boleh dibenarkan untuk kesenangan tertuduh.

Bagaimanapun, Hakim Nurchaya mengatakan yang tidak terdapat peruntukan undang-undang yang mengatakan ikat jamin perlu dibayar dalam bentuk wang tunai sebelum membenarkan pihak pendakwaan menghantar bantahan bertulis sebelum mahkamah berehat.

Pada 20 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran Paramaguru mengurangkan ikat jamin Ag daripada RM10 juta kepada RM5 juta dengan RM2 juta perlu datang daripada jaminan tempatan.

Isteri Ag, Fauziah Piut membayar ikat jamin selepas jumlahnya dikurangkan daripada RM2 juta kepada RM1 juta serta diarahkan untuk melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua minggu.

Ang dan Fauziah didakwa dengan 31 dakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu pada 29 Disember melibatkan wang tunai dan hartanah bernilai RM56.9 juta.

Mereka tidak mengaku bersalah.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Seksyen Abu Bakar Manat menetapkan perbicaraan kes itu akan berjalan selama dua bulan bermula pada 4 Julai depan. – 9 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen