PROGRAM solidariti Palestin di sekolah mesti dikawal supaya ia tidak terlepas dari kawalan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.
“Kita kena kawal ini. Kami membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet. Kami menggalakkan sekolah melakukan ini (tunjukkan solidariti) tetapi kami tidak memaksa mereka.
“Kedua, kita perlu mengawalnya supaya ia tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Sepang.
Kenyataan perdana menteri itu dibuat ketika muncul imej di media sosial memaparkan pelajar dan guru yang membawa pistol mainan di sebuah sekolah sebagai sebahagian daripada mempamerkan solidariti dengan rakyat Palestin yang dikepung di Gaza.
Klip video viral berdurasi 55 saat menunjukkan orang dewasa yang kelihatan seperti guru memakai jaket kalis peluru, topeng balaclava dan mengacukan senapang mainan ke arah pelajar.
Imej acara lain yang serupa juga tular di media sosial. Satu menunjukkan sebuah sekolah di Klang yang mana kanak-kanak memakai bandana hijau dengan perkataan “Selamatkan Palestin” di dahi mereka sambil membawa pistol mainan. – 27 Oktober, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen