SERAMAI dua maut manakala sembilan lagi cedera akibat letupan di Police District 18 Kabul, Afghanistan, pada petang Khamis, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.
Beliau berkata kejadian berlaku di pasar dan polis memulakan siasatan.
Saksi mendakwa letupan berlaku kira-kira 7.30 malam waktu tempatan di kawasan Dasht-e-Barchi.
Ini adalah letupan kedua di Dasht-e-Barchi sejak dua minggu lepas, yang mengakibatkan tiga kereta musnah. – Bernama, 27 Oktober, 2023.
Komen