PAS Perlis bergolak, kata ketua Bersatu negeri


PENGERUSI Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata konflik berterusan dalam kepimpinan PAS negeri itu memberi kesan kepada Perikatan Nasional (PN) dan pentadbiran negeri.

Abu Bakar dilaporkan berkata dalam Free Malaysia Today antara yang menjadi punca perbalahan dalaman adalah mengenai fahaman agama dan perkara berkaitan tadbir urus negeri.

“PAS bergolak di Perlis, tiada perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

Abu Bakar bagaimanapun berkata Bersatu tidak berhasrat untuk terlibat dalam perkara itu kerana ia melibatkan PAS.

Namun beliau berharap keadaan itu dapat diselesaikan segera bagi membolehkan PN menumpukan perhatian untuk memperkukuh jentera mereka di Perlis.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dilaporkan berkata keretakan dalaman PAS Perlis sudah terkawal.

Katanya, ia akan diselesaikan dalam masa seminggu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu, PN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, membolehkan Indera Kayangan dimenangi Pakatan Harapan.

PAS juga memenangi ketiga-tiga kerusi Parlimen.

Barisan Nasional gagal memenangi mana-mana kerusi—rekod terburuk berbanding PRU14 apabila menang 10 kerusi.

Ketua PAS Perlis Mohd Shukri Ramli dinamakan sebagai menteri besar baharu. – 27 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen