Keluarga ketua biro Al Jazeera antara korban serangan tentera Israel


Rangkaian media mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sembarangan yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah di Gaza. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2023.

SERANGAN udara tentera penceroboh Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh.

Sebelum itu, beliau bersama keluarganya melarikan diri ke kem Nuseirat di tengah Gaza selepas Israel memberi amaran kepada penduduk di utara wilayah itu supaya segera berpindah.

“Malam itu pesawat perang Israel mengebom rumah keluarga Wael al-Dahdouh di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, membunuh ahli keluarganya termasuk isteri, anak perempuan dan anak lelakinya,” lapor Agensi Berita WAFA.

Rangkaian media mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sembarangan yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah di Gaza. – Bernama, 26 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen