Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1


Gunung berapi Bulusan merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Oktober. – Gambar AFP, 26 Oktober, 2023.

FILIPINA mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Oktober.

Menurut kenyataan Institut Vulkanologi dan Seismologi pada Rabu, daripada jumlah itu sebanyak 37 gegaran merupakan gempa bumi tektonik.

Peningkatan ketara kepekatan karbon dioksida gunung berapi juga dikesan dari Jun hingga Ogos.

Institut itu memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi zon bahaya dalam radius 4km kerana bimbang letusan secara tiba-tiba.

Bulusan terletak 70km di tenggara Mayon iaitu gunung berapi paling aktif di wilayah Albay. – Bernama, 26 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen