Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet


Ho Chi Minh City mencatatkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini dengan 18 pesakit didapati positif HIV. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2023.

VIETNAM melaporkan kes kematian pertama cacar monyet  membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu. 

Lelaki berusia 29 tahun itu dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS.

Pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Oktober dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari.

Ho Chi Minh City mencatatkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 18 pesakit iaitu 17 lelaki dan seorang wanita, didapati positif HIV. – Bernama, 26 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen