Russia sambung perkhidmatan pengangkutan maritim dengan Jepun


Russia sambung semula perkhidmatan pengangkutan ke pelabuhan Jepun menerusi jalan laut selepas ditangguhkan sejak sekian lama. – Gambar Facebook, 25 Oktober, 2023.

RUSSIA menyambung semula perkhidmatan pengangkutan ke pelabuhan Jepun menerusi jalan laut selepas ditangguhkan sejak sekian lama, lapor media tempatan.

Syarikat perkapalan Russia Vostok Tour meluluskan pengoperasian kapal antara Vladivostok dan pelabuhan Jepun Nanao di Ishikawa minggu ini, lapor Xinhua.

Bot pertama Pleyona yang membawa beberapa penumpang berlepas ke Jepun pada Isnin.

Kapal berkenaan mampu memuatkan sehingga 43 penumpang dan akan beroperasi seminggu sekali, menurut syarikat itu. – Bernama, 25 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen