Kekal atau tarik balik 3 tuduhan terhadap Najib, kata Shafee


PASUKAN pembelaan Najib Razak berhujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh mengekalkan atau menarik balik tiga pertuduhan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar hari ini.

Pasukan pembelaan Najib diketuai peguam Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan mengapa pendakwa raya hanya memilih untuk meminda tiga pertuduhan minggu ini - satu untuk salah guna kuasa dan dua untuk pengubahan wang haram.

Ketika mempersoalkan mengapa pendakwa raya hanya memilih untuk meminda ketiga-tiga pertuduhan itu daripada keseluruhan 25 pertuduhan jenayah yang sudah dibicarakan selama lima tahun, peguam itu mendakwa ia bersifat prejudis terhadap anak guam mereka.

Shafee memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa ini kerana strategi undang-undang pasukan pembelaan sejak 2018 untuk menangani saksi pendakwaan adalah berdasarkan jumlah yang tidak dipinda dalam tiga pertuduhan.

Dalam perbicaraan rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion yang sedang dijalankan terhadap Najib pendakwa raya berusaha untuk mengurangkan jumlah salah satu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa daripada RM49,930,985.70 kepada RM44,570,920.70.

Pihak pendakwaan juga menuntut pengurangan berhubung dua daripada 21 jumlah pertuduhan pengubahan wang haram: RM652,600,000 kepada RM515,666,277.51 bagi satu pertuduhan pengubahan wang haram dan RM12,436,711.87 kepada RM11,411,646.34 bagi pertuduhan lain.

“Keadilan bukan sahaja datang dari mahkamah. Keadilan juga mesti datang daripada pihak pendakwa yang merangka pertuduhan demi kepentingan keadilan dan dengan itu mesti mengemukakan pertuduhan yang betul selepas siasatan menyeluruh.

“Pendakwaan mesti dijalankan dengan adil dan tidak menimbulkan ketidakadilan terhadap tertuduh,” katanya.

“Permohonan itu disebabkan peringkat lewat dan representasi dibuat selepas lima tahun (tempoh perbicaraan sejak Najib mula didakwa pada akhir 2018) adalah tidak adil untuk pihak pendakwaan dibenarkan meminda dan menukar tiang gol yang akan menjadi penindasan terhadap tertuduh.

“Pihak pendakwaan boleh sama ada mengekalkan (tiga) pertuduhan semasa atau menarik balik tiga pertuduhan,” kata Shafee. – 25 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen