Ketua geng Haiti dibicara atas tuduhan culik, bunuh


KERAJAAN Amerika Syarikat memfailkan dakwaan terhadap ketua kumpulan Haiti berhubung kes dua warganya yang dijadikan tebusan, menurut Jabatan Kehakiman menerusi kenyataan media semalam.

“Dakwaan dibuat di daerah Colombia ke atas Vitel’homme Innocent, seorang warga Haiti yang juga ketua geng Kraze Barye atas peranannya menjadikan dua warga AS sebagai tebusan pada Oktober 2022 di Haiti manakala seorang daripada tebusan itu terbunuh,” menurut kenyataan berkenaan.

Innocent dan kumpulan itu bergiat aktif di Ouest, Delmas, Torcelle, dan Tabarre.

Kumpulan itu juga terlibat dalam kes penculikan dan menuntut wang tebusan, peras ugut, serta curi kereta, lapor Sputnik.

Innocent dilaporkan masih bebas dan dipercayai tinggal di Tabarre, Haiti.

Dia turut berdepan pertuduhan berkaitan peranannya dalam kes penculikan 16 warga AS pada 2021.

Pada 2022 Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sehingga AS$1 juta bagi sebarang maklumat hingga membawa kepada penangkapannya. – Bernama, 25 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen