Menteri luar China adakan pertemuan dengan Blinken


Menteri Luar China Wang Yi dijadual mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken di Washington minggu ini.– Gambar EPA, 25 Oktober, 2023.

MENTERI Luar China Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dijadual mengadakan rundingan di Washington minggu ini, kata Jabatan Negara AS pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Blinken dan Wang akan membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan global sebagai sebahagian daripada usaha berterusan berkaitan hubungan Amerika-China dan mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka.

“Amerika Syarikat akan terus menggunakan diplomasi untuk memajukan kepentingan AS, menangani jurang perbezaan dan mencapai kemajuan dalam cabaran rentas negara yang dikongsi bersama,” kata jabatan itu.

Rundingan akan berlangsung di Washington dari Khamis hingga Sabtu.

Blinken sebelum ini pernah melawat Beijing pada Jun untuk bertemu dengan Presiden China Xi Jinping dan pegawai kanan, termasuk Wang dan Qin. – Bernama, 25 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen