7 maut nahas babit 158 kenderaan di AS


Sekurang-kurangnya 7 maut dan puluhan lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Louisiana, AS yang menurut pakar meteorologi berkemungkinan berpunca daripada 'kabus tebal' yang menjejaskan penglihatan pemandu. – Gambar Facebook, 24 Oktober, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang maut dalam nahas jalan raya membabitkan 158 kenderaan di Louisiana, Amerika Syarikat pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekurang-kurangnya 25 lagi mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan angka kematian dijangka meningkat.

Menurut pakar meteorologi nahas itu berkemungkinan berpunca daripada “kabus tebal” yang menjejaskan penglihatan pemandu.

Louisiana sedang berhadapan dengan kebakaran hutan yang belum pernah terjadi sebelum ini, termasuk cuaca panas melampau dan kemarau teruk. – Bernama, 24 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen