14 kanak-kanak dijangkiti HIV, hepatitis selepas transfusi darah


Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India. – Gambar fail AFP, 24 Oktober, 2023.

SERAMAI 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di bandar Kanpur, India, lapor Sputnik memetik akhbar Hindustan Times.

Menurut laporan itu, tujuh kanak-kanak disahkan positif Hepatitis B, lima Hepatitis C manakala dua lagi HIV.

Transfusi berkenaan adalah keperluan bagi mangsa disebabkan oleh gangguan darah talasemia mereka.

Kejadian mungkin berpunca daripada ujian negatif palsu untuk virus dalam pemindahan darah. – Bernama, 24 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen