Indonesia sahkan 7 kes aktif cacar monyet di Jakarta 


KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengesahkan tujuh kes aktif cacar monyet di Jakarta.

“Tujuh kes itu membabitkan penularan tempatan,” kata pegawai Teknikal bagi Transformasi Kesihatan kementerian, Dr Ngabila Salama, pada program bual bicara dalam talian  pada Isnin, lapor ANTARA.

Beliau berkata tujuh pesakit berusia antara 25 dan 35 tahun itu mengalami simtom ringan dan kini menjalani pengasingan di hospital.

“Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa di Jakarta sedang mengambil tindakan untuk mengesan dan mencegah wabak itu…,” katanya.– Bernama, 24 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen