Korban di Gaza meningkat kepada 5,087


Gaza terus dibedil dengan bom serta dikepung sejak 7 Oktober dan penduduk di wilayah ini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.– Gambar EPA, 24 Oktober, 2023.

JUMLAH rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 5,087, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Korban melibatkan 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita dan 217 warga emas manakala 15,273 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra pada sidang media di Gaza City.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam sahaja seramai 436 orang maut, termasuk 182 kanak-kanak akibat kezaliman Israel.

Kementerian Kesihatan setakat ini menerima laporan kira-kira 1,500 orang, termasuk 830 kanak-kanak, masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gaza terus dibedil dengan bom serta dikepung sejak 7 Oktober dan penduduk di wilayah ini amat memerlukan bantuan kemanusiaan seperti bekalan perubatan, bahan api serta keperluan asas lain, termasuk air bersih dan makanan.– Bernama, 24 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen