KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat sedikit kepada RM43.81 bilion daripada RM43.40 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam susut untuk mencatatkan sejumlah RM16.72 bilion daripada RM21.02 bilion sebelumnya.
Terdahulu, bank pusat itu mengadakan dua tender konvensional, dua tender repo berbalik, satu tender Qard dan satu tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM42.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM16.72 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 3.00% setakat 20 Oktober. – Bernama, 23 Oktober, 2023.
Komen