RIBUAN orang berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Orang ramai, dari pelbagai latar belakang, termasuk warga asing, melambai sepanduk dengan mesej seperti “Bebaskan Palestin,” “Hentikan Pembunuhan Beramai-ramai di Gaza,” dan “Kami Menyokong Palestin,” bersungguh-sungguh menyeru konflik Israel-Palestin ditamatkan segera.
Perhimpunan “Freedom for Palestine” dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
“Sepuluh tahun lalu, pada 2014, kami berkumpul di tempat yang sama untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas…
“Hari ini, kami berkumpul semula untuk mengutuk (serangan) dan menekan negara-negara dunia, termasuk Israel, untuk menghentikan serangan,” kata penasihat kehormat MyCare Dr Hafidzi Md Noor.
Antara yang hadir termasuk Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar. – 22 Oktober, 2023.
Komen