Hadi kekal presiden PAS


Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2023.

AHLI Parlimen Marang Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.

Turut mengekalkan jawatan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Dr Abdul Halim Tamuri pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Abdul Hadi, 76, menduduki kerusi Presiden PAS sejak dipilih memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005.

Sementara itu, Menteri Besari Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menduduki senarai teratas daripada 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan memperoleh undi tertinggi sebanyak 1,098.

Ketua Pemuda PAS bagi penggal lepas, Ahmad Fadhli Shaari pula menjadi muka baharu dipilih ke jawatan tersebut dengan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 1,042.

Berikut ialah senarai penuh AJK PAS Pusat bagi sesi 2023-2025:

1. Muhammad Sanusi Md Nor

2. Ahmad Fadhli Shaari

3. Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

4. Dr Azman Ibrahim

5. Dr Halimah Ali

6. Khairil Nizam Khirudin

7. Ahmad Marzuk Shaary

8. Siti Zailah Mohd Yusof

9. Awang Hashim

10. Dr Riduan Mohamad Nor

11. Ahmad Amzad Hashim @ Mohammad

12. Mohd Nassuruddin Daud

13. Dr Mohamed Fadzli Hassan

14. Kamaruzaman Mohamad

15. Dr Najihatussalehah Ahmad

16. Misbahul Munir Masduki

17. Iskandar Abdul Samad

18. Dr Rosni Adam– Bernama, 22 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen