Legenda bola sepak England Sir Bobby Charlton meninggal dunia


Sir Bobby Charlton bekas pemain bola sepak terhebat Manchester United meninggal dunia pada usia 86 tahun semalam. – Gambar AFP, 22 Oktober, 2023.

SIR Bobby Charlton yang dianggap antara pemain bola sepak terhebat Manchester United meninggal dunia pada usia 86 tahun semalam.

“Sir Bobby adalah wira kepada jutaan peminat, bukan sahaja di Manchester atau United Kingdom malah di seluruh dunia,” Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Manchester United.

The Red Devils mengenang Charlton sebagai “seorang yang sangat dikagumi kerana semangat kesukanan dan integritinya serta kualiti cemerlangnya sebagai seorang pemain. Sir Bobby akan sentiasa diingati sebagai legenda terulung.”

Charlton menjaringkan 249 gol dalam 758 penampilan selama 17 tahun sebagai bintang Manchester United serta pernah menjulang Piala Eropah, memenangi tiga kejuaraan liga Inggeris dan Piala FA.

Selain itu Charlton juga pernah mengetuai England memenangi Piala Dunia Fifa 1966 dan menjaringkan 49 gol dalam 106 perlawanan untuk pasukan kebangsaan. – Bernama, 22 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen