6 maut dalam serangan Rusia di pejabat pos Ukraine


Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 14 yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia semalam di pejabat pos wilayah Kharkiv timur laut Ukraine. – Gambar Twitter, 22 Oktober, 2023.

SERANGAN peluru berpandu Rusia mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 14 yang lain semalam di pejabat pos wilayah Kharkiv timur laut Ukraine, kata pegawai tempatan.

Presiden Volodymyr Zelensky berkongsi video di media sosial memaparkan sebuah gudang yang rosak teruk dikelilingi runtuhan dan bekas dengan logo pengendali pos Ukraine Nova Poshta.

“Enam maut dan 14 cedera akibat serangan itu adalah pekerja syarikat yang berada di dalam terminal Nova Poshta,” kata gabenor wilayah Kharkiv, Oleg Sinegubov.

“Mangsa yang berumur antara 19 dan 42 tahun cedera akibat terkena letupan,” tambahnya.

Daripada 14 yang dirawat di hospital, tujuh dalam keadaan serius.

“Doktor berjuang untuk hidup mereka,” tambahnya.

Menurut pejabat pendakwa wilayah tentera Rusia di wilayah Belgorod di utara Kharkiv menembak peluru berpandu S-300 dan dua daripadanya mengenai gudang.

“Analisis serpihan diteruskan di tapak untuk menentukan jumlah sebenar yang cedera dan meninggal dunia,” kata jurucakap pejabat Dmytro Chubenko kepada Suspilne, penyiar negara Ukraine. – AFP, 22 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen