MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini.
“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.
“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,“katanya dipetik Berita Harian.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung awal minggu ini.
Difahamkan yang Rafizi diletakkan di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung. – 21 Oktober, 2023.
Komen