Hamas bebas 2 tebusan warga AS


Rakyat AS, Judith Tai Raanan (dua dari kanan) dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan (dua dari kiri) dibebaskan semalam selepas diculik dari Nahal Oz berhampiran sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu. – Gambar AFP, 21 Oktober, 2023.

KUMPULAN Hamas membebaskan dua rakyat Amerika Syarikat (AS) semalam, antara kira-kira 200 tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober di Israel.

Menurut kerajaan Israel, dua rakyat AS itu, Judith Tai Raanan dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan dilaporkan kembali ke Israel semalam.

Bagaimanapun tiada butiran diberikan mengenai keadaan mereka. 

Dua mangsa culik terbabit ditemui di sempadan Gaza oleh wakil Israel dan kedua-duanya dibawa ke pangkalan tentera di tengah Israel di mana keluarga mereka menunggu.

Dua beranak itu dilaporkan sedang bercuti di Isarel sebelum diculik dari Nahal Oz berhampiran sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu.

Kumpulan Hamas berkata mereka bekerjasama dengan Qatar dan Mesir untuk membebaskan tebusan orang awam, menandakan lebih banyak pembebasan boleh berlaku selepas ini. – AFP, 21 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen