Presiden persatuan penternakan ditahan beri rasuah percepat tuntutan subsidi


Lelaki berusia 40-an itu yang juga seorang pengarah syarikat, ditahan pada kira-kira 6.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2023.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang presiden persatuan penternakan semalam, selepas disyaki memberi suapan kira-kira RM17,000 kepada pegawai di sebuah kementerian bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur.

Lelaki berusia 40-an itu yang juga seorang pengarah syarikat, ditahan bersama seorang pekerjanya pada kira-kira 6.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pengarah syarikat itu kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 22 Oktober selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, manakala pekerjanya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – Bernama, 20 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen