3 lapangan terbang di Perancis dikosongkan selepas terima ancaman bom


Orang ramai menunggu di luar lapangan terbang Toulouse di Perancis selepas diarah keluar susulan ancaman bom. – Gambar Facebook, 19 Oktober, 2023.

LAPANGAN terbang Lille, Lyon dan Toulouse di Perancis dikosongkan selepas menerima ancaman bom pada Rabu, lapor Agensi Berita dpa. 

Di lapangan terbang Nice, satu bagasi yang ditinggalkan mencetuskan amaran keselamatan.

Sejak kebelakangan ini banyak kes berkaitan ancaman bom berlaku.

Pada minggu lepas, Louvre di Paris turut menerima ancaman bom dan Palace of Versailles menerima ancaman bom sebanyak dua kali.

Perancis kini diletakkan di bawah amaran keganasan tahap maksimum susulan insiden seorang pemuda menikam seorang guru dan mencederakan tiga yang lain di sebuah sekolah di Arras pada Jumaat.

Pada Isnin, sekolah itu turut menerima ancaman bom. – Bernama, 19 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen