14 terbunuh dalam letupan kilang bunga api di Tamil Nadu


Dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India meletup hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh, kata polis. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 14 terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India hari ini, menurut polis.

Letupan pertama berlaku di Kanishkar Fireworks yang meragut 13 nyawa, selepas pekerja di sebuah kedai bersebelahan kilang didakwa menunjukkan demonstrasi mercun kepada pelanggan.

Sementara, letupan kedua berlaku di kilang di kampung Kichanayakanpatti dekat Sivakasi berpunca daripada bahan kimia yang digunakan untuk membuat bunga api, menyebabkan seorang pekerja maut, lapor Xinhua. – Bernama, 18 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen