2 pelancong asing maut dalam serangan di Uganda


DUA pelancong asing dan seorang warga tempatan terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki diserang di Taman Negara Queen Elizabeth di Uganda semalam, menurut polis.

“Kami menerima laporan mengenai serangan pengganas…kenderaan mangsa dibakar,” kata Polis Uganda dalam satu kenyataan.

Polis berkata serangan itu dipercayai dilakukan pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) dari negara Republik Demokratik Congo (DRC).

Wakil pengurusan taman negara itu, Bashir Hangi, berkata identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana dokumen peribadi mereka turut terbakar.

Sebelum ini, Presiden Uganda Yoweri Museveni memberi amaran kemungkinan serangan balas ADF berikutan serangan udara tentera ke atas kem mereka di timur DRC.

Sejak November 2022, Tentera Uganda dan DRC bekerjasama memerangi kumpulan pemberontak itu. – Bernama, 18 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen