PARA sasterawan dan penerbit memprotes pembatalan majlis penyampaian hadiah di Pesta Buku Frankfurt untuk pengarang Palestin Adania Shibli
Shibli sepatutnya diberi penghormatan oleh kumpulan sastera Jerman LitProm pada Jumaat di pameran itu bagi bukunya “A Minor Detail,” yang berdasarkan peristiwa sebenar rogol dan pembunuhan 1949 oleh askar Israel.
Bagaimanapun, karya itu menerima kritikan kerana apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai tema anti-Semitik dan anti-Israel.
Novelis itu sepatutnya menerima anugerah tahunan, yang diberikan kepada penulis wanita dari Afrika, Asia, Amerika Latin atau dunia Arab.
Dalam surat semalam, lebih 1,000 penulis dan penerbit mengecam keputusan penganjur pameran membatalkan majlis anugerah itu.
Surat itu juga meminta pameran - yang dibuka esok Rabu hingga Ahad - mengadakan semula acara berkaitan Shibli.
Para penandatangan termasuk pemenang Hadiah Nobel Abdulrazak Gurnah, Annie Ernaux, dan Olga Tokarczuk; Pemenang Hadiah Booker Anne Enright, Richard Flanagan dan Ian McEwan; dan pemenang 2021 hadiah Litprom Pilar Quintan Madeleine Thien.
Litprom menyiarkan di laman webnya ia memutuskan untuk menangguhkan acara penganugerahan kerana perang Israel-Hamas.
“Litprom sedang mencari format dan lokasi sesuai untuk acara itu nanti. Pemberian hadiah kepada Adania Shibli tidak pernah dipersoalkan.
“Litprom dengan tegas menolak tuduhan dan fitnah dibuat terhadap pengarang dan novel di akhbar sebagai tidak berasas,” katanya. – 17 Oktober, 2023.
Berita penuh di sini
Komen