Colombia protes pada utusan Israel perang dengan Hamas


Presiden Colombia, Gustavo Petro Petro mengutuk serangan Israel terhadap Gaza. – Gambar AFP, 17 Oktober, 2023.

COLOMBIA pada Isnin berkata, duta Israel sepatutnya meninggalkan negara Amerika Selatan itu sebelum membalas komen ketika perbalahan yang semakin buruk mengenai kenyataan Presiden Gustavo Petro mengenai perang dengan Hamas.

Menteri Luar Alvaro Leyva pada mulanya berkata utusan, Gali Dagan, harus “sekurang-kurangnya, meminta maaf dan pergi” selepas mengkritik perbandingan Petro mengenai serangan Israel ke atas Gaza dengan penganiayaan Nazi terhadap orang Yahudi.

Leyva menyelar di media sosial mengenai “kekasaran” respons Israel terhadap Petro, sambil menambah: “Memalukan.”

Dalam catatan kemudian, Levya berkata beliau hanya meminta hormat terhadap presiden Colombia, sambil menambah “Saya tidak mengatakan duta Israel diusir.”

Selepas serangan Hamas pada 7 Oktober yang mengorbankan lebih 1,400 orang, dan pengumuman Israel mengenai “pengepungan” balas dendam ke atas Gaza, Petro menuduh Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant menggunakan bahasa tentang rakyat Palestin sama seperti apa yang “Nazi kata mengenai orang Yahudi.”

Petro, presiden kiri pertama Colombia, menegaskan dalam satu daripada beberapa catatan di X, yang “orang demokratik tidak boleh membenarkan Nazisme tumbuh semula dalam politik antarabangsa.”

Kemudian pada Ahad, Israel yang merupakan salah satu pembekal utama senjata kepada tentera Colombia, berkata ia “menghentikan eksport keselamatan” ke negara Amerika Selatan itu ketika pertelingkahan diplomatik semakin memuncak.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat berkata, duta Colombia, Margarita Manjarrez, dipanggil berhubung “kenyataan bermusuhan dan anti-Semitik” Petro.

Kenyataan presiden diterima dengan “terkejut,” kata jurucakap itu.

Beliau menuduh Petro “menyatakan sokongan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Hamas, menyemarakkan anti-Semitisme, menjejaskan wakil Israel dan mengancam keamanan masyarakat Yahudi di Colombia.”

Duta Besar Dagan berkata minggu lalu yang penunjuk perasaan meninggalkan grafiti termasuk swastika di bangunan kedutaan.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan Haiat, Petro berkata negaranya tidak menyokong “pembunuhan beramai-ramai.”

“Jika kami terpaksa menggantung hubungan luar dengan Israel, kami menggantungnya,” tambahnya.

Angkatan bersenjata Colombia, terlibat dalam konflik selama beberapa dekad dengan gerila kiri, separa tentera sayap kanan dan kartel dadah, menggunakan senjata dan pesawat buatan Israel.

Negara ini mempunyai sejarah hubungan diplomatik dan ketenteraan yang kukuh dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Petro juga terlibat perang mulut dalam talian secara langsung dengan duta, Dagan, yang menggesa presiden mengutuk “serangan pengganas terhadap orang awam yang tidak bersalah.”

Dalam responsnya, Petro berkata: “keganasan adalah kerana membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah, sama ada di Colombia atau di Palestin.”

Dagan kemudian menjemput Petro melawat tugu peringatan Holocaust di Baitulmaqdis dan kem kematian Auschwitz-Birkenau, yang dibalas oleh presiden ia turut melihat keadaan serupa di Gaza.

“Tiada demokrasi di dunia yang boleh menerima Gaza dijadikan kem tahanan,” tambah Petro.

Pada mulanya, kementerian luar Colombia mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan serangan terhadap orang awam yang berlaku di Israel dan menyatakan solidariti dengan mangsa Hamas.

Pautan kepada kenyataan itu kemudiannya buang, dengan yang baharu tidak menyebut mengenai “keganasan.” – AFP, 17 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen