Hamas siar video tahanan di Gaza


Tentera Israel mengesahkan sekurang-kurangnya 199 tebusan dibawa ke Gaza, manakala Hamas mendakwa pada awal Isnin yang ia menahan sekitar 250 tawanan. – Gambar EPA, 17 Oktober, 2023.

PEJUANG Palestin Hamas pada Isnin menyiarkan video di saluran Telegram rasminya seorang tahanan di Gaza, menunjukkan seorang wanita muda bercakap dalam bahasa Ibrani.

Video yang tidak dapat disahkan dengan segera oleh AFP, termasuk rakaman kononnya wanita yang sama menerima rawatan kerana kecederaan di lengan.

Menurut kapsyen, dia diculik pada 7 Oktober, apabila pejuang Hamas menyerang selatan Israel, mencetuskan perang yang membunuh ribuan orang di Israel dan Semenanjung Gaza.

Tentera Israel mengesahkan sekurang-kurangnya 199 tebusan dibawa ke Gaza, manakala Hamas mendakwa pada awal Isnin yang ia menahan sekitar 250 tawanan.

Dalam video pertama dikeluarkan oleh Hamas seorang tebusan yang dikatakan bercakap dari tahanan, wanita itu berkata dia berasal dari tengah Israel dan merayu untuk dibebaskan.

Abu Obeideh, jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata dalam satu kenyataan di televisyen pada pagi Isnin beberapa tebusan asing akan dibebaskan oleh kumpulan itu apabila tiba masanya.

Pegawai di Israel dan Gaza menafikan sebarang rundingan pertukaran tahanan. – AFP, 17 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen