Daniel Naboa, usahawan pisang menang pilihan raya presiden Ecuador


Kira-kira 12 juta rakyat Ecuador layak mengundi susulan kempen pilihan raya yang dicemari dengan pembunuhan seorang calon. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2023.

USAHAWAN pisang, Daniel Noboa akan menjadi presiden termuda dalam sejarah Ecuador apabila beliau mengalahkan ahli politik berhaluan kiri Luisa Gonzalez dalam pemilihan semalam, kata ketua pihak berkuasa pilihan raya CNE, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Noboa, 35, daripada pakatan National Democratic Action mendahului Gonzalez, daripada kem bekas presiden Rafael Correa dengan 52.3% berbanding 47.7% undi ketika lebih 90% undi dikira.

Gonzalez mengucapkan tahniah kepada Noboa atas kemenangannya.

Peratus keluar mengundi adalah kira-kira 82%, kata Ketua CNE Diana Atamaint.

Kira-kira 12 juta rakyat Ecuador layak mengundi susulan kempen pilihan raya yang dicemari dengan pembunuhan seorang daripada calon di tengah-tengah peningkatan jenayah di seluruh negara itu. – Bernama, 16 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen