KETUA pegawai eksekutif (CEO) interim bagi syarikat yang sedang bergelut masalah kewangan, MYAirline Sdn Bhd meletak jawatan sementara syarikat peminjam minta pesawat dikembalikan, lapor New Straits Times.
Menurut laporan itu, syarikat berkenaan diuruskan eksekutif interim Azharuddin Abdul Rahman selepas interim CEO Stuart Cross meletak jawatan.
Akhbar itu memetik sumber, melaporkan syarikat pinjaman pesawat meminta syarikat penerbangan itu memulangkan sembilan Airbus A320.
Syarikat berkenaan adalah Aviation Capital Group LLC, AerCap Holdings NV, Aircastle Ltd, Avolon, Carlyle Aviation Partners, Genesis, Mizuho dan SMBC Aviation Capital.
MYAirline pada Mei melaporkan ia memperoleh perjanjian pinjaman untuk 17 pesawat bernilai RM2.1 bilion.
Masalah syarikat itu mulai diketahui dengan peletakan jawatan CEO Rayner Teo, diikuti pemberhentian perkhidmatannya.
Syarikat tambang murah itu melakukan penerbangan pertama pada 1 Disember, 2022 dan mengalami masalah kewangan selepas kurang setahun beroperasi. – 16 Oktober, 2023.
Komen