LEBIH sejuta rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan berpindah ke luar di Semenanjung Gaza sepanjang minggu lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan pengeboman Israel dan amarannya untuk melakukan serangan darat menyasarkan komander Hamas.
Israel mengisytiharkan perang semalam, sehari selepas gelombang pejuang berlaku di sempadan yang menyebabkan lebih 1,400 mangsa ditembak, ditikam dan dibakar hingga mati, dengan kebanyakannya adalah orang awam.
Tujuh hari Israel melakukan pengeboman kononnya menyasarkan dalang serangan kepada mereka. Kira-kira 2,670 maut di Semenanjung Gaza setakat ini dengan majoriti adalah rakyat Palestin.
Ketika Israel melakukan serangan balas penuh dendam dalam sejarahnya, Liga Arab dan Kesatuan Afrika memberi amaran pencerobohan Israel bakal membawa kepada “pembunuhan beramai-ramai dengan jumlah kematian yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
“Tiada siapa boleh beri jaminan kawalan situasi dan konflik itu tidak berlarutan jika Israel menghantar tenteranya ke Gaza,” kata Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian. – AFP, 16 Oktober, 2023.
Komen