12 maut bas mini rempuh lori kontena di India 


SEKURANG-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut polis tempatan, nahas jalan raya itu berlaku di Lebuhraya Samruddhi di daerah Chhatrapati Sambhajinagar, kira-kira 268 kilometer (km) dari timur Mumbai.

Ketika kejadian bas mini itu membawa 35 penumpang. – Bernama, 15 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen