National Party menang pilihan raya umum New Zealand


Christopher Luxon bakal menjadi perdana menteri baharu New Zealand selepas National Party memenangi pilihan raya umum negara itu. – Gambar EPA, 15 Oktober, 2023.

NATIONAL Party memenangi pilihan raya umum New Zealand sekali gus menewaskan Labour Party yang memerintah selama enam tahun, menurut keputusan awal waktu tempatan.

Gabungan parti sayap kanan diketuai National Party memenangi lebih separuh daripada kerusi Parlimen, menyaksikan Christopher Luxon bakal menjadi perdana menteri baharu, lapor Xinhua.

“Anda telah mengundi untuk perubahan,” kata Luxon.

Berdasarkan pengiraan undi National Party memenangi 50 daripada 121 kerusi manakala Labour Party sekadar memperoleh 34 kerusi.

Sebanyak 17 parti politik bertanding dalam pilihan raya itu.

Dengan tiada parti yang memenangi majoriti kerusi, pembentukan kerajaan baharu akan bergantung kepada hasil rundingan antara parti-parti yang terlibat untuk membentuk kerajaan campuran.

Keputusan rasmi pilihan raya dijangka diumumkan pada 3 November. – Bernama, 14 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen