PERDANA Menteri Banjamin Netanyahu berkata serangan bom bertubi-tubi di Gaza oleh tentera Israel hanya “baru permulaan” bagi tindakan balas terhadap Hamas.
Dengan puluhan ribu tentera Israel menceroboh ke Gaza, Netanyahu dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen berkata:”Musuh kita kini mula menerima padahnya. Saya tidak boleh dedahkan apa akan berlaku, tetapi ini hanyalah permulaan.”
Netanyahu berkata demikian beberapa jam selepas tentera Israel dikerah melakukan serbuan di dalam wilayah Palestin yang dikepung sejak lebih 24 jam lalu.
Israel turut menggesa rakyat Palestin keluar dari Gaza dalam tempoh 24 jam, menyebabkan PBB mengeluarkan amaran kebimbangan berlakunya bencana kemanusiaan.
Netanyahu mengulangi janjinya yang Hamas akan “dimusnahkan”. – AFP, 14 Oktober, 2023.
Komen